Wednesday, October 6, 2010

Dah nak hujung tahun...............

Salam,dah masuk bulan October 2010.macam2 berlaku,cuma tahun hari raya agak meriah kerana byk berjalan berjumpa sanak saudara.

hampir setiap minggu berjalan ke rumah terbuka sahabat handai.Agak menarik apabila
Rumah Terbuka untuk Keluarga Hj Md Zin Bujal dapat dijalankan dengan meriah.Tetamu kehormat Datuk Talib juga datang bersama seisi keluarga.Hampir 130 org dari anak hinggalah ke cicit Hj Md Zin hadir.Walaupun 'aki' telah lama meninggalkan kan kami semua,kami masih erat bersaudara.

Tahun nie juga,dengan bantuan Facebook ramai juga kenalan dapat bertemu.Dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah.......menarik dan meriah.

InsyaAllah ada umur panjang kita akan bertemu lagi.....Semoga hari yg mendatang akan mendapat keberkatan dari Allah Yang Maha Berkuasa....Amin...

Saturday, September 4, 2010

HandBag






Koleksi Handbag untuk di miliki dgn harga berpatutan..............email @ call saya.


Friday, June 4, 2010

Lawatan Ke Langkawi

Salam,

27.05.2010

Menaiki bas dari Bukit Damansara untuk ke Kuala Perlis.Perjalanan ok,cuma kereta byk.Kami seramai 21 org termasuk kanak2.

28.05.2010

Alhamdulillah,sampai di Kuala Perlis pukul 5 pagi.Dapat tiket feri untuk ke Langkawi pukul 6 pagi.
Naik feri,dalam masa 1 jam kami sampai ke Langkawi.Bumi tempat terkenalnya Mahsuri.

Setelah mendaftar di Hotel Bahagia.Kami terus untuk Islan Hoping.Kami menaiki bot ke Pulau Beras Basah untuk mandi manda.Keadaan pantai dengan pasirnya putih dah air laut agak kehijauan.

Setelah itu,kami dibawa untuk ke Pulau Singa.Disitu kami melihat secara terus helang dengan pelbagai saiz.Helang ini akan datang mengambil makanan yg telah dilemparkan di laut....

Pulau Dayang Bunting,sebuah pulau yg mempunyai tasik air tawar di tengahnya.Kami kena mendaki untuk sampai ke Tasik itu.Di situ agak unik bila beratus ikan keli sedia untuk memberikan therapy kaki.agak geli,tetapi satu pengalaman yg baru...............

setelah penat pergi ke 3 pulau ini.Kami pulang merehatkan diri.Kira2 pukul 5 ptg kami beramai2 jalan kaki bersiar2 di Pekan Kuah.Akhirnya kami jumpa Plaza Langkawi yg mempunyai deretan kedai2 menjual cenderamata seperti key-chain dan juga t-shirt.

Kami juga dapat pergi ke Hj Ismail Group dimana dijual pelbagai jenis coklat yg memang murah jika dibandingkan dengan tempat lain.Membeli coklat yg mahal dengan harga murah agak berbaloi............

Kami pulang ke Hotel Bahagia dengan menaiki teksi iaitu van.dengan kadar rm2 seorang.Kami pulang,makan malam dan juga merehatkan diri untuk perjalanan esok pula.

29.05.2010

8:30 am kami sarapan di Hotel.Meneruskan perjalanan ke Kilang Gamat Nusantara.Pelbagai jenis ubatan yg berasaskan gamat di situ.
Kemudian kami terus ke Cable Car yg terletak berhampiran dengan Berjaya Resort.agak takut bila menaiki cable car dengan pandang sayup ke bawah.diatas puncak mempunyai jambatan yg akan bergoyang apabila ditiup angin,seram jadinya........Gunung Machincang (708m).

Setelah itu kami terus ke kawasan Beras Terbakar.Di situ kami makan tengahhari.dengan juadah kampung yg menyelerakan..........Setelah melihat tempat beras terbakar,kami terus ke Underwater World.agak mahal,kami hanya melepak di The Zone sambil menunggu rakan2 lain.

Makam Mahsuri,tempat seterusnya kami lawati.Pelbagai kisah mengenai nasib Mahsuri ini.Apa pun dapat melihat makam mahsuri yg telah lama terpahat di dalam sejarah melayu.Sedekahkan Al-Fatihah untuk Mahsuri..............

Diakhir lawatan kami di bawa ke Idaman Suri.Tempat membeli belah syurga bagi kaum ibu.barangan disana cukup murah.........memang berbaloi jika membeli barangan di sini...............

Malam pula kami berbabeku dan berkaraoke di roof top hotel..............

30.05.2010

Kami bersarapan di Hotel.dlm pukul 9 pagi kami bergerak ke Jeti untuk pulang.pelbagai perasaan untuk meninggalkan Pulau Langkawi.Mungkin terlalu byk lagi utk dilawati dan byk lagi barangan yg murah untuk kami beli...............

Pukul 10 pagi kami menaiki feri dan pukul 11 lebih kami sampai ke Jetty Kuala Perlis.Menaiki bas,penat juga berjalan nie yerk...........

Kesempatan ini juga kami singgah di Pekan Rabu Alor Star.Melihat tempat yg terkenal di Kedah.Dengan pelbagai barangan tempatan di situ..........Kami makan di restoran Bamboo...
Dengan menu istimewanya Nasi Goreng Tomyam..............

Setelah hampir sejam disitu,kami meneruskan perjalanan pulang.Pukul 11 malam kami sampai di Bukit Damansara.Dengan kenangan kami semua,diharapkan dapat ke Pulau Langkawi lagi...............

Kami ialah :

Bob,Sharmila,Nain,Kak Ina,Shalizawati dan Azmi.

Hotel Bahagia :
www.hotel-bahagia.com
cik anita : 016.8890204

Taxi Service :
Pak Johar : 012.4304497
Pak Sunid : 012.4085068

Thursday, May 13, 2010

Tupperware Consultant




As a Tupperware Brands Consultant, you are independent but certainly not alone.
Everything is in place for you to succeed, and we guide you every step of the way,

Products - As soon as you join Tupperware Brands, your starter kit will be on its way. You'll get products and tools to start earning money right away.

Classroom training -Take you by the hand training makes getting started easy.

Create your own future with confidence.
As a member of the Tupperware Brands family, your continuous learning, growth and success are supported with the programs and resources you need to achieve your dreams:

Meetings - Meet Consultants in your area, share ideas and success, and learn about the latest products and promotions. National meetings, held annually, offer even more learning.

Marketing tools - From creating client catalogs to product brochures, Tupperware Brands does all the work so you don't have to.

The amazing Tupperware Party - Your Tupperware Party is your best success tool. Just follow our proven path to reach your immediate and long- term income goals.

Wednesday, April 28, 2010

Rumah Anak Solehah

Ingin menderma?Apa jua barangan sila ke alamat ini @ hubungi no yang tertera
Sebuah Rumah Anak Yatim yang +ve HIV.Yang kebanyakan telah dibuang keluarga.Anak-anak ini yang tidak bersalah telah menerima akibat dari perbuatan ibu bapanya.Berikan mereka cahaya kehidupan untuk mereka meneruskan kehidupan mereka ini
Rumah Anak Solehah
no125 Jalan Makmur
Bandar Tun Razak
56000
Cheras
Kuala Lumpur

Attn: Wan Hava (Mak Wan)
016-6271883



“Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api”
(Hadis Riwayat At Tirmidzi)

Friday, April 23, 2010



Tips Memasang Azam!

Kalau sebut pasal tahun baru ini, , pasti takkan terlepas untuk bercerita pasal azam baru. Jadi, soalan yang akan kerap di tanya.. “Apa azam tahun baru?”..
Saya nak naik pangkat!
Saya nak kembangkan bisnes…
dan bermacam-macam lagi… tapi yang pastinya, setiap orang akan memasang “SATU” azam!
Ops! Saya rasa macam ada tidak kena disini.. kenapa “SATU”? Kenapa tidak “LIMA” ? “SEPULUH?” , 12? dan banyak lagi?. Setiap tahun ada 12 bulan… takkan dalam masa 12 bulan itu hanya digunakan untuk mengejar 1 azam sahaja? Agak rugi rasanya.
Tahun ini, saya memasang 15 azam, atau senang kata, matlamat @ target… Ianya agak menyeluruh, iaitu dari segi..
•Pencapaian Peribadi
•Pekerjaan
•Perniagaan
•Kewangan
•Kesihatan
•Perhubungan dan sebagainya..
Mungkin 3 matlamat yang bertujuan peribadi, 3 matlamat di dalam pekerjaan (naik gaji, naik pangkat, jadi pekerja cemerlang), 3 dalam perniagaan (buka cawangan, peningkatan jualan, produk baru) dan seterusnya..
Apa yang saya cuba sampaikan disini… jangan limitkan azam anda kepada 1 sahaja. Tetapi, buatlah seberapa banyak yang termampu.
Sekian! Selamat ber”azam” dan semoga apa yang anda azamkan tercapai!

P/s:- Kalau salah satu azam baru anda ialah ”ingin menjana pendapatan sampingan menerusi internet”, mungkin anda boleh pertimbangkan www.seminarebook.com sebagai langkah permulaan anda..
petikan dari :

www.mohdsuhaimy.com

Friday, March 26, 2010

Urusan pendaftaran murid tahun satu 2011 Negeri Selangor

Salam,

Untuk makluman kepada ibu bapa, mulai tahun ini urusan pendaftaran murid tahun satu di Negeri Selangor boleh dilakukan secara Online (dalam talian) melalui sistem Pengurusan, Pemohonan dan Semakan Murid Tahun 1 Jabatan Pelajaran Negeri Selangor . Capaian kepada sistem boleh dilakukan melalui :

1. Laman web Jabatan Pelajaran Negeri Selangor
http://www.moe.gov.my/jpnselangor/v3/. (Klik Pendaftaran Murid Tahun 1) atau

2. Alamat web http://apps.emoe.gov.my/esppsel/pptahun1/

Ibu bapa perlu membuat Perakuan Permohonan tersebut di sekolah ini dengan membawa bersama cetakan borang maklumat permohonan serta dokumen-dokumen asal seperti dalam senarai semak yang disertakan.

Friday, January 29, 2010

minat membaca

Antara cara menanam minat membaca ialah:

1.Sewaktu hamil, eloklah ibu membaca al-Qur’an atau berzikir dan diperdengarkan kepada janin.
2.Melapangkan sedikit masa untuk mengajar anak. Masa tersebut perlu diisi dengan aktiviti yang berkualiti. Contoh aktiviti: Tuliskan satu perkataan ringkas dengan besar dan berwarna. Bacakan dan eja dengan jelas dan penuh kasih sayang. Atau gunakan kad bergambar (flash card) dan diikuti dengan tulisan. Tunjukkan kepada anak gambar, kemudian eja perkataan atau maklumat berkenaan gambar tersebut.
3.Semasa di dalam kenderaan, bacakan atau baca bersama-sama anak-anak nama-nama jalan, nombor plet kereta di hadapan, papan tanda iklan dan sebagainya.
4.Tunjukkan contoh teladan iaitu ibu bapa seharusnya menunjukkan minat membaca dengan cara selalu membaca di hadapan anak.
5.Semasa ibu atau ayah membaca, letakkan anak yang masih bayi di pangkuan dan bacalah dengan suara yang agak kuat.
6.Sentiasa membawa anak ke medan ilmu seperti ke pesta buku, pameran buku, ke kedai buku, ke perpustakaan dan seumpamanya.
7.Jika bercadang memberikan hadiah, belilah hadiah buku seperti buku cerita, ensaiklopedia, kamus, buku bergambar dan sebagainya.
8.Membiarkan anak bermain dan ‘bergaul’ dengan buku. Jangan membeli buku tetapi disimpan di dalam almari sahaja.
9.Menyediakan peruntukan kewangan atau tabung untuk membeli dan menyediakan bahan-bahan bacaan, termasuk langganan majalah kanak-kanak dan menyediakan perpustakaan di rumah.
10.Jangan memarahi anak kecil yang bermain dengan buku-buku anda. Sebaliknya buku-buku perlu diletakkan pada tempat yang mudah diambil oleh anak.
11.Membacakan buku cerita dan kisah-kisah nasihat kepada anak. Contohnya sewaktu minum petang atau sebelum tidur. Aktiviti ini boleh dimulakan seawalnya apabila anak telah berusia 6 bulan.
12.Menyediakan tempat khas supaya anak boleh mengambil dan menyimpan sendiri buku. Boleh juga disediakan beg atau bakul khas supaya anak boleh membawa buku ke mana sahaja terutamanya semasa perjalanan jauh.
13.Membiasakan membeli buku jika anak meragam sebagai menggantikan mainan untuk mententeramkannya.
14.Sentiasa memberi pujian dan penghargaan kepada usaha-usaha dan pencapaian anak untuk membaca.

Petikan daripada buku "Mendidik Anak Pintar Cerdas" tulisan Dr Hasan Hj Mohd Ali, terbitan Utusan Publications & Distributors]

40 kesilapan dalam mendidik anak

Anak adalah anugerah dari Allah yang paling berharga..
Hargai dan sayangilah mereka
Kepada semua yang bergelar Ibubapa kita sama-sama renungkan....

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
9. Kurang melahirkan kasih sayang
10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak
11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
16. Tidak menggalakan dan menyediakan suasana suka membaca
17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
21. Tidak menggunakan bahasa yang betul
22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak
23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
39. Tidak tegas mendidik anak-anak
40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup berkerjasama

Dipetik dari buku '40 KESILAPAN MENDIDIK ANAK'
oleh Dr. Hassan Ali, AKRAB 1996

Thursday, January 28, 2010

Muslim Produk,Makanan Bumiputra

Ehsan Murni Food Entreprise
No 33 Bt19 Lorong Iman Yassin
Kg Gombak Kuang
Hubungi :
Melizza Abdullah 019.7189808 Ramlan 012.6587407
Menjual dan membekal
Soya,Tau Fu Fa ,Tauhu,Bebola Ikan dan pelbagai lagi....
Juga memberi kursus :
Pertanian
Makanan Halal
Makanan Sejuk Beku

Wednesday, January 20, 2010

January 2010

Salam,

Ari nie dah 20.1.2010,kejap je masa berlalu.ari2 bangun kul 5 pagi,kul 7 antar anak g sekOlah.
Berubah betul tahun nie,tanggungjawab makin besar.Kewangan pula makin bertambah.Kena cari duit lebih la jugak tahun nie.

Harga barang makin naik,ntah kenapa baru satu je harga barang naik.Semua ikut skali,pas nie dgr citer petrol pun nak naik harga...........argggghhhhh.Tensen tul la..........

Monday, January 4, 2010

Sesi Persekolahan 2010

Salam,

ari nie aku antar anak pergi sekolah kat SRK Kepong (FRIM).alhamdulillah dia ok,siap cakap
"saya tak nangis la ayah".........

Dah 6 tahun anak aku nie M.DzulQarnain.makin bulat nampaknya.aku harap dia dapat belajar dan memahami apa yg di ajar oleh cikgu nanti.

Cuma ilmu sahaja yg dapat meneruskan kehidupan ini..............