Salam,
Untuk makluman kepada ibu bapa, mulai tahun ini urusan pendaftaran murid tahun satu di Negeri Selangor boleh dilakukan secara Online (dalam talian) melalui sistem Pengurusan, Pemohonan dan Semakan Murid Tahun 1 Jabatan Pelajaran Negeri Selangor . Capaian kepada sistem boleh dilakukan melalui :
1. Laman web Jabatan Pelajaran Negeri Selangor
http://www.moe.gov.my/jpnselangor/v3/. (Klik Pendaftaran Murid Tahun 1) atau
2. Alamat web http://apps.emoe.gov.my/esppsel/pptahun1/
Ibu bapa perlu membuat Perakuan Permohonan tersebut di sekolah ini dengan membawa bersama cetakan borang maklumat permohonan serta dokumen-dokumen asal seperti dalam senarai semak yang disertakan.