27.05.2010
Menaiki bas dari Bukit Damansara untuk ke Kuala Perlis.Perjalanan ok,cuma kereta byk.Kami seramai 21 org termasuk kanak2.
28.05.2010
Alhamdulillah,sampai di Kuala Perlis pukul 5 pagi.Dapat tiket feri untuk ke Langkawi pukul 6 pagi.
Naik feri,dalam masa 1 jam kami sampai ke Langkawi.Bumi tempat terkenalnya Mahsuri.
Setelah mendaftar di Hotel Bahagia.Kami terus untuk Islan Hoping.Kami menaiki bot ke Pulau Beras Basah untuk mandi manda.Keadaan pantai dengan pasirnya putih dah air laut agak kehijauan.
Setelah itu,kami dibawa untuk ke Pulau Singa.Disitu kami melihat secara terus helang dengan pelbagai saiz.Helang ini akan datang mengambil makanan yg telah dilemparkan di laut....
Pulau Dayang Bunting,sebuah pulau yg mempunyai tasik air tawar di tengahnya.Kami kena mendaki untuk sampai ke Tasik itu.Di situ agak unik bila beratus ikan keli sedia untuk memberikan therapy kaki.agak geli,tetapi satu pengalaman yg baru...............
setelah penat pergi ke 3 pulau ini.Kami pulang merehatkan diri.Kira2 pukul 5 ptg kami beramai2 jalan kaki bersiar2 di Pekan Kuah.Akhirnya kami jumpa Plaza Langkawi yg mempunyai deretan kedai2 menjual cenderamata seperti key-chain dan juga t-shirt.
Kami juga dapat pergi ke Hj Ismail Group dimana dijual pelbagai jenis coklat yg memang murah jika dibandingkan dengan tempat lain.Membeli coklat yg mahal dengan harga murah agak berbaloi............
Kami pulang ke Hotel Bahagia dengan menaiki teksi iaitu van.dengan kadar rm2 seorang.Kami pulang,makan malam dan juga merehatkan diri untuk perjalanan esok pula.
29.05.2010
8:30 am kami sarapan di Hotel.Meneruskan perjalanan ke Kilang Gamat Nusantara.Pelbagai jenis ubatan yg berasaskan gamat di situ.
Kemudian kami terus ke Cable Car yg terletak berhampiran dengan Berjaya Resort.agak takut bila menaiki cable car dengan pandang sayup ke bawah.diatas puncak mempunyai jambatan yg akan bergoyang apabila ditiup angin,seram jadinya........Gunung Machincang (708m).
Setelah itu kami terus ke kawasan Beras Terbakar.Di situ kami makan tengahhari.dengan juadah kampung yg menyelerakan..........Setelah melihat tempat beras terbakar,kami terus ke Underwater World.agak mahal,kami hanya melepak di The Zone sambil menunggu rakan2 lain.
Makam Mahsuri,tempat seterusnya kami lawati.Pelbagai kisah mengenai nasib Mahsuri ini.Apa pun dapat melihat makam mahsuri yg telah lama terpahat di dalam sejarah melayu.Sedekahkan Al-Fatihah untuk Mahsuri..............
Diakhir lawatan kami di bawa ke Idaman Suri.Tempat membeli belah syurga bagi kaum ibu.barangan disana cukup murah.........memang berbaloi jika membeli barangan di sini...............
Malam pula kami berbabeku dan berkaraoke di roof top hotel..............
30.05.2010
Kami bersarapan di Hotel.dlm pukul 9 pagi kami bergerak ke Jeti untuk pulang.pelbagai perasaan untuk meninggalkan Pulau Langkawi.Mungkin terlalu byk lagi utk dilawati dan byk lagi barangan yg murah untuk kami beli...............
Pukul 10 pagi kami menaiki feri dan pukul 11 lebih kami sampai ke Jetty Kuala Perlis.Menaiki bas,penat juga berjalan nie yerk...........
Kesempatan ini juga kami singgah di Pekan Rabu Alor Star.Melihat tempat yg terkenal di Kedah.Dengan pelbagai barangan tempatan di situ..........Kami makan di restoran Bamboo...
Dengan menu istimewanya Nasi Goreng Tomyam..............
Setelah hampir sejam disitu,kami meneruskan perjalanan pulang.Pukul 11 malam kami sampai di Bukit Damansara.Dengan kenangan kami semua,diharapkan dapat ke Pulau Langkawi lagi...............
Kami ialah :
Bob,Sharmila,Nain,Kak Ina,Shalizawati dan Azmi.
Bob,Sharmila,Nain,Kak Ina,Shalizawati dan Azmi.
Hotel Bahagia :
www.hotel-bahagia.com
cik anita : 016.8890204
Taxi Service :
Pak Johar : 012.4304497
Pak Sunid : 012.4085068
www.hotel-bahagia.com
cik anita : 016.8890204
Taxi Service :
Pak Johar : 012.4304497
Pak Sunid : 012.4085068