Sunday, July 26, 2009

Pelbagai kisah........



Salam,

Dua hari lepas kita dikejutkan dengan pengarah Yasmin Ahmad tiba-tiba pengsan di Pentas Utama TV3.ada bersama beliau ialah Datuk Siti,yasmin telah dikejarkan ke Damansara Specialist.terus dibedah untuk membuang darah beku di otaknya....selepas pembedahan di khabarkan yasmin koma,bernafas dengan bantuan mesin.Akhirnya pukul 11 mlm smlm,yasmin menghembuskan nafas terakhir.telah di kebumikan di Subang Jaya.
Terkejut? yup,pengarah konterversi dlm mengarahkan filemnya.Namun sangat hebat dalam mengarah filem.jalan cerita yg pelbagai dalam setiap filem yg di hasilkan.aku pernah terserempak arwah di UiTM Puncak Perdana.....dia ok,menyapa semua org walaupun dia pengarah yg hebat.
Industri filem kehilangan pengarah yang mengarah mengikut gerak hatinya.apa yang aku dapat rasakan nanti,iklan petronas hari raya nie mungkin akan kehilangan sentuhan Yasmin.ini kerana setiap hari raya aku tertunggu-tunggu apa yg baru mengenai iklan petronas.apa yg pasti dari sentuhan Yasmin..........

*Al-Fatihah untuk Yasmin Ahmad*
Takziah untuk keluarga Yasmin....


Dunia F1 pula dikejutkan pula dengan kemalangan ngeri yang berlaku ke atas Felipe Massa,pemandu Ferrari.ini berlaku di Litar Hungary.aku harap Felipe akan pulih seperti biasa.

H1N1,

makin menular di Malaysia ini,agak merisaukan jugak.ini kerana telah melebihi 1000 orang.Uitm telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan memberikan cuti kepada semua pelajar cawangan dan induk nya.diharapkan KKM,dapat membendung penyakit ini.ini kerana boleh dikatakan penyakit ini telah merebak dengan begitu pantas sekali.

info terkini:
http://h1n1.moh.gov.my





Free Signature Generator







Wednesday, July 15, 2009

Jerebu,H1N1,Satu Malaysia.....

Salam,

minggu nie agak berjerebu terutama Kuala Lumpur.apa yg pasti KL ini sendiri telah tercemar udaranya.............bertambah la tercemar dengan keadaan berjerebu ini.
13.07.2009 aku pergi ke Kuala Selangor,atas urusan kerja.sepanjang perjalanan dari Sg Buloh,Ijok,Assam Jawa sampai la ke Kuala Selangor berjerebu dengan jarak penglihatan yg terhad.
Harap-harap pihak yang bertanggungjawab mengambil langkah serius menangani masalah jerebu ini.masalah ini boleh dikatakan berlaku setiap tahun.
Kebakaran terbuka juga perlu dielakkan juga,seperti mana kebakarab di Cahaya SPK,Puncak Perdana semalam........15/07

H1N1,masalah yang tak dapat dibendung lagi.agak menakutkan kerana penyakit yang hanya boleh disebarkan dengan udara terutama bersin.apa yg membimbangkan ialah kes tempatan makin meningkat....cuma di negara ini,masih tiada kematian dilaporkan.......

One Malaysia @ Satu Malaysia idea PM kita.........ermm idea yg bagus.apa yg dilihat sekarang ini perlu kerana persefahaman antara Bangsa Melayu dengan kaum lain agak longgar.semoga idea akan dapat diterapkan dan difahami semua rakyat............



Free Signature Generator

Tuesday, July 7, 2009

H1N1 Selsema Babi...



Di ketika ini H1N1 cukup dikenali seluruh dunia.ini kerana virus ini tiba-tiba menghantui pakar perubatan.Virus ini ini boleh dijangkiti hanya dengan bercakap dengan pesakit H1N1.Penyakit ini menggunakan udara sebagai cara penyebaran virus ini.


Di Malaysia hampir 400 ratus orang telah dijangkiti.80% daripada mereka dijangkiti daripada negara yang mereka lawati....'melancong'.tapi ada juga jangkitan tempatan kontak daripada mereka yang terlibat.


Semoga sesiapa sahaja yang terlibat dengan H1N1 nie kembali sihat.Kepada sesiapa sahaja yang kena kuarantin di rumah sila la patuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia.

h1n1.moh.gov.my



Free Signature Generator



Friday, July 3, 2009

June 2009

Salam,

macam2 berlaku dalam bulan nie.

Kenal Michael Jackson?.........bintang yg penuh kontervesi meninggal seribu persoalan tentang diri nya....bintang yang tak akan ada pengantinya...
MJ meninggalkan satu karya agung yang pasti akan kekal selamanya...'Beat It' dan juga pelbagai rentak lagunya..........

Semoga segala apa yang MJ tinggal akan menjadi kenangan kekal hingga akhirnya.....

'1958-2009'



Free Signature Generator