Sunday, July 26, 2009

Pelbagai kisah........



Salam,

Dua hari lepas kita dikejutkan dengan pengarah Yasmin Ahmad tiba-tiba pengsan di Pentas Utama TV3.ada bersama beliau ialah Datuk Siti,yasmin telah dikejarkan ke Damansara Specialist.terus dibedah untuk membuang darah beku di otaknya....selepas pembedahan di khabarkan yasmin koma,bernafas dengan bantuan mesin.Akhirnya pukul 11 mlm smlm,yasmin menghembuskan nafas terakhir.telah di kebumikan di Subang Jaya.
Terkejut? yup,pengarah konterversi dlm mengarahkan filemnya.Namun sangat hebat dalam mengarah filem.jalan cerita yg pelbagai dalam setiap filem yg di hasilkan.aku pernah terserempak arwah di UiTM Puncak Perdana.....dia ok,menyapa semua org walaupun dia pengarah yg hebat.
Industri filem kehilangan pengarah yang mengarah mengikut gerak hatinya.apa yang aku dapat rasakan nanti,iklan petronas hari raya nie mungkin akan kehilangan sentuhan Yasmin.ini kerana setiap hari raya aku tertunggu-tunggu apa yg baru mengenai iklan petronas.apa yg pasti dari sentuhan Yasmin..........

*Al-Fatihah untuk Yasmin Ahmad*
Takziah untuk keluarga Yasmin....


Dunia F1 pula dikejutkan pula dengan kemalangan ngeri yang berlaku ke atas Felipe Massa,pemandu Ferrari.ini berlaku di Litar Hungary.aku harap Felipe akan pulih seperti biasa.

H1N1,

makin menular di Malaysia ini,agak merisaukan jugak.ini kerana telah melebihi 1000 orang.Uitm telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan memberikan cuti kepada semua pelajar cawangan dan induk nya.diharapkan KKM,dapat membendung penyakit ini.ini kerana boleh dikatakan penyakit ini telah merebak dengan begitu pantas sekali.

info terkini:
http://h1n1.moh.gov.my





Free Signature Generator







No comments:

Post a Comment