Wednesday, August 12, 2009

H1N1

Salam,

Byk perkara berlaku kebelakangan ini.tapi aku memanjatkan kesyukuran kepadaMu YaAllah.Kerana adik telah keluar dari hospital.sihat,tapi perlu berpantang dan makan ubat mengikut masa.masih sukar untuk bernafas,dengan keadaan jerebu yang makin teruk ini.

10.08.2009

adik lelaki aku sms,kereta hilang di Shah Alam...............aduh,terperanjat juga dibuatnya.Kereta Ford tahun 1983.warna putih JAX 7330.....telah buat laporan di Balai Polis Seksyen 2.Harap kereta akan dijumpai kembali.banyak kenangan keluarga aku dengan kereta itu.

Melayari web http://h1n1.moh.gov.my setiap hari.ramai telah dijangkiti...malah agak menakutkan dengan angka kematian akibat penyakit ini.takut,bukan apa agak cepat penularan penyakit ini.Dengan hanya bersin,bersentuhan malah bercakap dengan pembawa akan menyebabkan di jangkiti.


Aku harap H1N1 ini dapat dibendung dengan segera.........harap MOH dapat mencari jalan yang drastik untuk menangani penyakit ini.

Kepada semua harap dapat menjaga keluarga sendiri.Basuh tangan dan juga hindari tempat yang berisiko seperti hospital dan tempat tumpuan orang ramai............

No comments:

Post a Comment