Tarikh : 8-9/2/2014
Hotel : Parkland Hotel,Brinchang
08.02.2014
Hari pertama,perjalanan dari Rawang mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke Cameron Higland.Perjalanan agak tenang dengan jumlah kenderaan yang kurang.
Mula mendaki melalui Simpang Pulai.
Lokasi yang pertama ialah Ladang Strawberry Rich Flora.Menarik nya di sini strawberry yg tersedia untuk dipetik amat segar dan besar2.Best,dapat petik sendiri strawberry dengan tangan sendiri kan.
Setelah penat melayan dan memetik strawberry,terus gerak menghala ke Kea Farm.Dalam perjalanan singgah di Bharat Tea Plantation.Kat sana ambil gambar dengan berlatar belakang kawasan tanaman teh yang segar.
Mendaki lagi untuk terus ke hotel yang berada di Brinchang.Terus cari Parkland Hotel,oh rupanya di tengah2 pekan Brinchang.Kami buat booking melalui www.agoda.com,senangkan.Booking n print out jer voucher.Tiba kami di sana terus check in n berehat jap.Satu kelebihan ParkLand Hotel nie ialah kedai makan depan jer.Makan tengahhari ada nasi campur,nasi ayam,satay (my favourite) n byk lagi la.Lepas lunch,lepak kat hotel jer.Layan Kabhi Kushi Kabhi Gham,bukan apa nak tunggu Pasar Malam Brinchang kan.just 5 minute walk-in from hotel,best kan.
Selepas maghrib,jOm pegi pasar malam.Sejuk beb,ramai betul umat kat sini.Sampai jer pasar malam cari la keychain,bantal strawberry,t-shirt n strawberry coklat kan.penat tul berjalan n dinner kat kedai makan depan hotel jer.
09.02.2014
Bangun pagi,fuh sejuk wooooo.semua bersiap,breakfast dulu.Terus check out n gerak ke Kea Farm.tak ramai lagi,orang blom bangun lagi kOt.suasana tenang jer n parking senang dapat.
Wife beli sayur yang fresh n murah.org pompuan jer pandai pilih sayur2 nie.Aku jaga anak jer,he he he .
Pas tu dah beli sayur,jagung n coklat.cukup kat Kea Farm nie.gerak lak ke Boh Plantation,nak tgk kilang teh n cam mana teh di buat.Jauh gak n tinggi mendaki tuk ke Boh Plantation.Dgn jalan yg kecil,kena berhati2 memandu.Setelah 10 minit mendaki,baru nampak terbentang luas ladang teh.
Sampai di sana,park kereta la yerk.Pasal kena mendaki ke atas dalam 200 meter untuk sampai ke Boh Plantation.Mendaki lagi!Di sini kita dapat melihat sendiri pembuatan teh Boh depan mata.Penat mendaki,layan jap suasana n ambil gambar kenang-kenangan.
Harga teh kat sini sama jer kalau kat KL.sO tak yah la beli.
Turun semula,terus ke Bee Farm.tak turun pon ke Bee Farm,kaki dah lenguh sangat.Just bwk anak jalan2 kat situ.
Selepas Bee Farm,berhenti jap kat Muslim Chinese Cafe layan Hot Chocolate n Strawberry Cup Cake.
Dah tu,jom turun balik.ada kemalangan lak tgh jalan Vios n lori.tu yg slow jalan sket.Anak lak nak sangat pekena teh Cameron Higland.sO kena la stop kat Bharat Tea Cafe,order jer la Cameron Higland Tea 'o' n Tea Chocolate.
Dah layan semua tu,terus gerak balik ke KL,selamat tinggal Cameron Higland.Sejuk n nyaman udaranya tak kan di lupakan.InsyaAllah akan bercuti di sana lagi.
Klik sini:
No comments:
Post a Comment