Monday, December 28, 2009

Homestay @ Kemaman

Wanti Sayang Homestay
Wan Amie : 013.9307872
Wantie : 013.9277872
Pt 15501 Taman Chukai Indah
Jalan Kubang Kurus
24000 Chukai
Kemaman
Terengganu.
Fax :609.8585363

Wednesday, December 23, 2009

Shima Cafe

Shima Cafe
Ikan Bakar Terapung
No 14& 16
Perkampungan Ikan Bakar Terapung
Umbai Baru 77300
Melaka
A.Rahman bin Hj Abu Bakar
019.6812882
012.6117718

Tuesday, December 1, 2009

Tuesday, November 24, 2009

Cepat Masa Berlalu.


Minit ke minit,jam ke jam terus hari ke hari..............masa begitu cepat berlalu.tanpa aku sedari dah nak masuk 2010 dah.byk lagi rasanya yg aku perlu lakukan.untuk diri ini sendiri,keluarga dan juga di tempat aku bekerja.

Cukup memenatkan apa yang aku lalui tahun nie,terlalu byk kerja.terlalu meletihkan.mungkin ini la yg dinamakan dunia.tanpa keletihan dan penat jerih tak kan ada hasilnya nanti.terlalu byk yg perlu aku pikirkan.

aku cuba sedaya upaya,selagi Allah merahmati hambanya ini.berikan lah kekuatan kepada aku Ya Allah.tunjukkan aku ke jalan yg benar,semoga aku dapat apa yg aku impikan............amin.

terasa begitu laju masa berlalu,mungkin sebagai manusia aku lalai menggunakan masa dengan betul.atau tak cukup masa untuk aku buat sesuatu.entahlah.........akan aku pikirkan.hanya mampu menyerah dan berdoa kepadaNya...........amin.

Monday, November 2, 2009

Harga barang naik....

Salam,

Sabtu lepas pergi membeli belah barangan keperluan dapur di sebuah pasar raya yg menawarkan harga murah.tiba di sana,dapat aku perhatikan harga barang ada naik hingga ke rm1.

agak menakutkan apabila tempat yg dikatakan murah pun terpaksa menaikkan harga barang.kenapa ia berlaku? aku pun tak tau nak cakap.

ntah la,kalau cam nie.dengan kewangan yg terhad.tersepit juga rasanya.tahun 2010,dikatakan petrol akan naik mengikut harga pasaran pula.Subsidi akan diberikan kepada yg layak.Mekanisme apa yg akan di perlukan untuk pemberian subsidi nie pon aku tak tau...

Dasar Automotif Negara lak,2011 nanti kedai potong mungkin akan dihapuskan.pening gak tu,kalau nak spare part kena la beli yg ori.sudah tentu harga pon ori gak..........tak paham la nape DAN di buat.rakyat yg kurang duitnya akan terasa bahang dasar nie.mungkin pembuat dasar boleh tiap2 tahun beli kereta.........tapi bagi aku @ org lain yg tidak berkemampuan?yg kerja makan gaji,tak sampai seminggu gaji dah di telan dek bank.........

tetiba je kereta lebih 15 tahun kena g puspakom sblom buat road-tax tahun depan.nape,alasan kereta lama nie penyebab kemalangan.mana statistik nya?diaorg tahu ke golongan mana yg pakai kereta lebih 15 tahun?seperti yg aku cakapkan,diaorg yg membuat dasar bila2 boleh beli kereta baru...........majoriti yg menggunakan kereta lebih 15 tahun nie kebanyakkan org lama@ yg dah pencen..........mana la nak beratur panjang2 kat puskakom nanti.Untung la puspakom,dah la lori,teksi ngan bas pon kena masuk puspakom 6 bln skali.apa yg aku dgr service ka puspakom lembab.nie nak tambah pulak kereta lama yg dipandu oleh orang lama?sendiri mau ingat la...kesian pakcik2 kita nanti........

kadang2 ada dasar yg hanya mementingkan sebelah pihak je............sibuk ngan 1 Malaysia.tapi ada gak kesan buruk kepada rakyat yg berpendapatan rendah......

kepada kerajaan sekarang nie,pikir la sblom wat keputusan.................

Friday, October 2, 2009

Membaiki Computer.

Salam,
Sesiapa yg berada di Kundang,Kundang Jaya @ Kuang.Boleh la menghubungi saya untuk membaiki komputer dan kawasan sewaktu dengannya..........
Kadar bayaran boleh dibincangkan.......insyaAllah.
Sila hubungi saya
013.3739308/014.2647376

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua

Maaf Zahir dan Batin

dari

M.Dzulfakar,Sharmila,M.Dzulqarnain

Monday, September 7, 2009

Hari Nuzul Al-Quran.........



Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. etika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Wednesday, August 26, 2009

Chinese Muslim Seafood

Salam,

baru jer berbuka puasa di Kayu Manis.Makanan ok,harga pun berpatutan..........sahabat2 leh pergi ke sini yerk.Alamatnya :

No31 Jalan Pelapik B U8/B D'Pangkin
Bukit Jelutong 40150 Shah Alam Selangor
Tel/Fax:603.78468031

Friday, August 21, 2009

1 Ramadhan............

Sok,22.08.09 dah mula berpuasa..........alhamdullillah.
semOga aku dah semua umat islam dapat menunaikan ibadat ini dengan penuh sabar.dan juga dapat keberkatan dari Allah yang Maha Esa.......

Semoga semua akan dapat berpuasa penuh dan dapat keberkatan dariNya

Amin............

Wednesday, August 12, 2009

H1N1

Salam,

Byk perkara berlaku kebelakangan ini.tapi aku memanjatkan kesyukuran kepadaMu YaAllah.Kerana adik telah keluar dari hospital.sihat,tapi perlu berpantang dan makan ubat mengikut masa.masih sukar untuk bernafas,dengan keadaan jerebu yang makin teruk ini.

10.08.2009

adik lelaki aku sms,kereta hilang di Shah Alam...............aduh,terperanjat juga dibuatnya.Kereta Ford tahun 1983.warna putih JAX 7330.....telah buat laporan di Balai Polis Seksyen 2.Harap kereta akan dijumpai kembali.banyak kenangan keluarga aku dengan kereta itu.

Melayari web http://h1n1.moh.gov.my setiap hari.ramai telah dijangkiti...malah agak menakutkan dengan angka kematian akibat penyakit ini.takut,bukan apa agak cepat penularan penyakit ini.Dengan hanya bersin,bersentuhan malah bercakap dengan pembawa akan menyebabkan di jangkiti.


Aku harap H1N1 ini dapat dibendung dengan segera.........harap MOH dapat mencari jalan yang drastik untuk menangani penyakit ini.

Kepada semua harap dapat menjaga keluarga sendiri.Basuh tangan dan juga hindari tempat yang berisiko seperti hospital dan tempat tumpuan orang ramai............

Sunday, August 2, 2009

Adik Aku

Salam,

Minggu nie aku dikejutkan dengan panggilan dari emak.mengatakan adik aku siti nurul ain telah ditahan wad.ini kerana adik aku nie sukar untuk bernafas.telah dimasukan ke isolation room untuk pemantauan doktor.

31.07.2009
Jumaat petang adik aku telah dimasukan ke wad,lalu terus menggunakan bantuan oksigen.dia tak mampu untuk bangun malahan selera makan pun tak ada.........

01.08.2009
adik aku masih keadaan begitu,masih lemah.family tidak dibenarkan melawat.alasan kerana tidak mahu jangkitan yang lain pula timbul.

02.08.2009
dapat sms dari adik aku,dia dah boleh makan sket.cuma keputusan lab tak dapat lagi,alasan pihak hospital lab tutup sabtu dan ahad.esok baru dapat keputsan lab.agak menghairankan,dalam keadaan kacau bilau nie pun lab leh cuti??????patut la H1N1 makin menular skrg nie................lambat ambil tindakan......

Untuk pengetahuan adik di masukan di hospital kerajaan Hospital Besar Melaka.....
Harap dapatlah keputusan nya esok..............semoga adik aku cepat sembuh............

Sunday, July 26, 2009

Pelbagai kisah........



Salam,

Dua hari lepas kita dikejutkan dengan pengarah Yasmin Ahmad tiba-tiba pengsan di Pentas Utama TV3.ada bersama beliau ialah Datuk Siti,yasmin telah dikejarkan ke Damansara Specialist.terus dibedah untuk membuang darah beku di otaknya....selepas pembedahan di khabarkan yasmin koma,bernafas dengan bantuan mesin.Akhirnya pukul 11 mlm smlm,yasmin menghembuskan nafas terakhir.telah di kebumikan di Subang Jaya.
Terkejut? yup,pengarah konterversi dlm mengarahkan filemnya.Namun sangat hebat dalam mengarah filem.jalan cerita yg pelbagai dalam setiap filem yg di hasilkan.aku pernah terserempak arwah di UiTM Puncak Perdana.....dia ok,menyapa semua org walaupun dia pengarah yg hebat.
Industri filem kehilangan pengarah yang mengarah mengikut gerak hatinya.apa yang aku dapat rasakan nanti,iklan petronas hari raya nie mungkin akan kehilangan sentuhan Yasmin.ini kerana setiap hari raya aku tertunggu-tunggu apa yg baru mengenai iklan petronas.apa yg pasti dari sentuhan Yasmin..........

*Al-Fatihah untuk Yasmin Ahmad*
Takziah untuk keluarga Yasmin....


Dunia F1 pula dikejutkan pula dengan kemalangan ngeri yang berlaku ke atas Felipe Massa,pemandu Ferrari.ini berlaku di Litar Hungary.aku harap Felipe akan pulih seperti biasa.

H1N1,

makin menular di Malaysia ini,agak merisaukan jugak.ini kerana telah melebihi 1000 orang.Uitm telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan memberikan cuti kepada semua pelajar cawangan dan induk nya.diharapkan KKM,dapat membendung penyakit ini.ini kerana boleh dikatakan penyakit ini telah merebak dengan begitu pantas sekali.

info terkini:
http://h1n1.moh.gov.my





Free Signature Generator







Wednesday, July 15, 2009

Jerebu,H1N1,Satu Malaysia.....

Salam,

minggu nie agak berjerebu terutama Kuala Lumpur.apa yg pasti KL ini sendiri telah tercemar udaranya.............bertambah la tercemar dengan keadaan berjerebu ini.
13.07.2009 aku pergi ke Kuala Selangor,atas urusan kerja.sepanjang perjalanan dari Sg Buloh,Ijok,Assam Jawa sampai la ke Kuala Selangor berjerebu dengan jarak penglihatan yg terhad.
Harap-harap pihak yang bertanggungjawab mengambil langkah serius menangani masalah jerebu ini.masalah ini boleh dikatakan berlaku setiap tahun.
Kebakaran terbuka juga perlu dielakkan juga,seperti mana kebakarab di Cahaya SPK,Puncak Perdana semalam........15/07

H1N1,masalah yang tak dapat dibendung lagi.agak menakutkan kerana penyakit yang hanya boleh disebarkan dengan udara terutama bersin.apa yg membimbangkan ialah kes tempatan makin meningkat....cuma di negara ini,masih tiada kematian dilaporkan.......

One Malaysia @ Satu Malaysia idea PM kita.........ermm idea yg bagus.apa yg dilihat sekarang ini perlu kerana persefahaman antara Bangsa Melayu dengan kaum lain agak longgar.semoga idea akan dapat diterapkan dan difahami semua rakyat............



Free Signature Generator

Tuesday, July 7, 2009

H1N1 Selsema Babi...



Di ketika ini H1N1 cukup dikenali seluruh dunia.ini kerana virus ini tiba-tiba menghantui pakar perubatan.Virus ini ini boleh dijangkiti hanya dengan bercakap dengan pesakit H1N1.Penyakit ini menggunakan udara sebagai cara penyebaran virus ini.


Di Malaysia hampir 400 ratus orang telah dijangkiti.80% daripada mereka dijangkiti daripada negara yang mereka lawati....'melancong'.tapi ada juga jangkitan tempatan kontak daripada mereka yang terlibat.


Semoga sesiapa sahaja yang terlibat dengan H1N1 nie kembali sihat.Kepada sesiapa sahaja yang kena kuarantin di rumah sila la patuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia.

h1n1.moh.gov.my



Free Signature Generator



Friday, July 3, 2009

June 2009

Salam,

macam2 berlaku dalam bulan nie.

Kenal Michael Jackson?.........bintang yg penuh kontervesi meninggal seribu persoalan tentang diri nya....bintang yang tak akan ada pengantinya...
MJ meninggalkan satu karya agung yang pasti akan kekal selamanya...'Beat It' dan juga pelbagai rentak lagunya..........

Semoga segala apa yang MJ tinggal akan menjadi kenangan kekal hingga akhirnya.....

'1958-2009'



Free Signature Generator

Wednesday, June 24, 2009

Macam-macam berlaku....

Salam,

minggu nie macam2 berlaku di sekeliling aku..........

22.06.2009

ayah kepada sahabat aku meninggal dunia secara tiba....pada mulanya mengadu sakit dada,dimasukan ke ICU HKL.akhirnya pada jam 4:20 petang,arwah menghembuskan nafas terakhir.......

Al-Fatihah untuk arwah M.Sidek..........

kepada sahabat aku Zaki dan Sarah harap tabah menerima takdir ini..........

23.06.2009

aku berada di HKL,dah macam tempat peperangan.rupa-rupanya kes H1N1 semakin menjadi-jadi.....banyak sekolah ditutup...
Byk kes import datang dari Melbourne..semua nie gara2 mereka yang bercuti dari sana.Semoga mereka sihat kembali hendaknya...

selalu la mengikuti berita terkini dan sahih di www.moh.gov.my

24.06.2009


Free Signature Generator


pagi nie aku dikejutkan pula jiran di kepong indah meninggal dunia.seorang yang berbangsa cina,seorang yang peramah.Ucle Khor..........telah lama sakit paru-paru kesan dari aktiviti merokok ketika usia muda.pelbagai cara telah dibuat oleh anak-anak nya.namun Uncle Khor menghembuskan nafasnya yg terakhir dalam tidur...
Mayatnya dijangka akan ditanam setelah anaknya balik dari USA...


Pelbagai peristiwa yg berlaku minggu nie.......apa pun aku harap semua nie menjadi iktibar pada aku sendiri.........

Wednesday, June 3, 2009

Mana silapnya?

Runtuh?

yup satu perkataan yang mengambarkan suasana Malaysia sekarang.

Kompleks di Petaling Jaya telah menyembah bumi dengan tiba-tiba.masih tertanya-tanya bagaimana pihak yang ingin meruntuhkan banggunnan itu ikut prosedur atau tidak?hampir ranap kompleks tu.tak payah menjalani proses yang sepatutnya..........
harap kejadian yg mengorbankan hampir 7 nyawa akan dijadikan iktibar orang lain.

Terengganu,

Stadium pula runtuh!!!hampir 80% runtuh.yang menempatkan kawasan tempat duduk VVIP.
kenapa ia berlaku?hampir 300 juta kos pembinaannya...kenapa ia boleh berlaku?kenapa?
Apa nak jadi nie?

Memalukan,harap pihak berwajib dapat menyiasat kejadian ini dengan telus dan berani.
bayangkan kalau ada penonton dan VVIP?tak ker parah jadinya!!!!

Siasat la kejadian ini hingga ke akar umbi.............jangan bagi muka kepada yang menyalahkan kuasa untuk kepentingan sendiri.......mesti ada yang tak kena dalam proses pembinaan stadium ini.............

siasat juga banggunan yang dibina oleh syarikat ini.ini untuk memastikan tiada lagi banggunan yang akan runtuh lagi.bukan apa ia akan merugikan duit kerajaan!!!!


Free Signature Generator


Thursday, May 21, 2009

Berniaga....

Salam,

Melihat sahabat yang berjaya dalam perniagaan,hati mula bergolak.ialah mereka agak senang dengan kerja yang mereka lakukan.masa dan suasana kerja ditentukan oleh mereka sendiri.

ada yang berjaya menjadi penternak kambing dengan hanya 5 bulan mengusahakan penternakan ini.mereka memndapat kebebasan dalam melakukan perkerjaaan ini.itu belum lagi sahabat yang dapat tender-tender dari kerajaan.walaupun dalam penglibatan perniagaan dengan kerajaan memerlukan modal yang besar,tetapi sudah pasti akan ada keuntungan.

Melihat perniagaan,kita memerlukan modal.Modal mengikut perniagaan yang hendak dibuat.Aku sekarang cuba berjinak-jinak dengan erti kata berniaga.cuba untuk berniaga untuk jangka masa panjang.

Apa yang pasti tahniah kepada yang sedang berniaga.......



Free Signature Generator

Tuesday, May 19, 2009

Wabak H1N1@selsema babi...

agak mengejutkan dunia dengan penularan wabak ini.tahniah kepada Kementerian Kesihatan dan agensi lain yang begitu bersungguh menangani wabak ini.

setakat ini hanya 2 org dijangkiti penyakit ini.Satu kes di Sg Buloh dan Satu kes di Pulau Pinang.Dihrapkan yang dijangkiti cepat sembuh......

agak menarik tentang wabak ini,dikatakan bawaan dari babi.semoga kerajaan dapat membuka mata dalam penjagaan dan penternakan babi di Malaysia ini.

apa yang penting masalah ini perlu difikirkan secara global dan tegas.....


Free Signature Generator

Monday, May 18, 2009

Salam

Blog ini untuk aku menulis apa sahaja yang ada dalam fikiran aku ini.Mengenai keadaan semasa,politik dan apa jua terlintas kat ati aku.........



Free Signature Generator